TERSISIH

Mereka berkawan baik. Persahabatan mereka berlandaskan atas minat yang sama. Namun, jika dilihat dari segi persamaan, tidak banyak pun persamaan antara mereka, hatta fizikal mereka sendiri pun bagai langit dengan bumi (jangan ditanya macam mana yang dikatakan langit dengan bumi). Itu belum masuk perangai masing-masing juga jauh berbeza, seorang gila entah apa-apa, seorang lagi penuh adab dan sopan santun seperti perempuan Melayu terahir, begitulah.
Sejak akhir-akhir ini, banyak berlaku perselisihan faham antara mereka. Oh, ya ada satu lagi perangai kedua-dua sahabat ni, si B concern terlebih, si C pula macam tidak ada perasaan! Berbalik semula kepada isu perselisiham mereka, entahlah keliru juga dibuatnya sebab...eemmm,...macam-macam...(menurut mereka). Si B ni memang jenis orang yang tak berapa nak reti bahasa, ikut kepala dia aje! dan paling suka menyakat si C. Entahlah si C ni tahan ataupun tidak dengan perangan si B dan tidak diketahuilah pula sampai bila si C dapat bersabar. Si C pula macam biasalah sudah dikatakan seperti perempuan Melayu terakhir, hanyalah memendam perasaan dan bersabar sahaja dengan si B.
Memang si B tidak sedar diri. Sudah dapat kawan sebaik si C pun banyak komplen lagi! Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan si B tentang si C. Wahai, si C kalau akulah berada di tempat kamu, sudah lama aku putus sahabat dengan si B tu! (itu kata Aku). Tidak pasti pula apa sebenarnya yang bermain-main di benak si C.
Pada suatu hari, mereka gaduh besar (tidak tahulah besar mana, tapi lain daripada gaduh yang biasa-biasa mereka bergaduh). isunya..isunya..isunya...TERSISIH.
Tersisih? Apakah itu tersisih? macam klise aje bunyinya kan? siapa yang menyisihkan siapa atau siapa yang terasa tersisih atau siapa yang tersisih daripada siapa? Sangat mengada-adalah mereka ni!
Namun, kerana perasaan tersisih itulah masing-masing kini seperti menyisihkan diri. Mulut hendak menegur, tapi hati seperti menahan-nahan, egolah tu jawabnya! Jadinya, sunyi sepilah dunia kecil mereka. Mungkin buat masa ini itulah yang terbaik untuk mereka.
Hakikatnya, sangat susah untuk memahami hati manusia. Hanya kerana terkena virus Tersisih, rosak segala imuniti persahabatan. Oleh sebab virus ini juga sejenis virus yang berjangkit seperti H1N1, wajarlah mereka sama-sama mencari penawarnya, elakkan daripada berada di kawasan-kawasan yang bervirus "gaduh "yang lain. (nasihat ini demi mengelakkan mereka daripada terus bergaduh!) Sekiranya tidak ada usaha ke arah itu, mungkin mereka akan hilang salah seorang antara mereka. Adakah itu sahaja penyelesaiannya atau itu hanyalah dugaan untuk menguji sejauh mana keikhlasan persahabatan mereka?..entahlah...(memang banyak sangat entah dalam cerita ini!)


Comments

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Pengarah "Intan yang Tercanai" - A. Wahab Hamzah

Teater Fitrah - Noordin Hassan