Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Menurut Noordin Hassan, Saya...dari Hujung Kota berilhamkan daripada ayat 20 dan 21 Surah Yaasin yang menceritakan bagaimana seorang hamba Allah berlari-lari dari hujung kota sambil berkata:
"Wahai kaumku, ikutlah pesuruh-pesuruh ini. Ikutlah mereka yang tidak meminta apa-apa balasan daripadamu..."Menurut beliau lagi, orang yang datang dari hujung kota itu cuba membawa kebenaran. Dan, adalah kewajipan kita sebagai orang Mukmin membawa kebenaran kepada sesiapa pun.
"Maka dengan segala rendah hati, saya telah mengambil secebis daripada ayat ini, iaitu: 'Saya dari hujung kota...' menjadi tajuk memoir saya."Noordin Hassan, sasterawan negara yang ketujuh ialah seorang anak Tanjung yang berketurunan Melayu Acheh dan India Parsi. Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang dan memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang.
Selepas belajar di sekolah Melayu, Noordin kemudian mengikuti kelas peralihan yang waktu itu dikenal dengan nama Special Malay Class di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Pada sebelah tengah hari hingga petang, beliau belajar mengaji al-Quran dan sekolah agama di Masjid Rawana yang terletak di Perak Road. Ibu beliau berharap bahawa pada suatu hari nanti Noordin Hassan akan menjadi seorang alim yang mengajar pelajaran agama dan al-Quran seperti Imam Manaf, iaitu imam di Masjid Rawana pada masa itu. Maka atas sebab itulah, satu-satunya anak lelaki Hassan Aluih Pak Cik Kaya dinamai Noordin yang bermaksud cahaya agama.
Sesungguhnya kelahiran Noordin Hassan sudah pun mempunyai pengisahannya yang tersendiri. Bapanya terlalu menghajatkan anak lelaki. Selepas mendapat tiga orang anak perempuan, Hassan pernah memberitahu isterinya, jika anak yang keempat nanti juga perempuan, dia akan berkahwin lagi untuk mendapatkan anak lelaki. Sudah takdir Tuhan, anak yang keempat itu seorang lelaki, lalu lenyaplah kebimbangan ibunya selama ini.
Noordin tidak lama belajar di Sekolah Francis Light kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 dan Inggeris kembali di Tanah Melayu, Noordin menyambung pengajiannya di Penang Free School. Pada tahun 1952, Noordin Hassan dihantar oleh kerajaan belajar di Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Semasa di Kirkby, beliau telah mendalami kesusasteraan Inggeris dan Barat dengan mengkaji karya-karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan Molierre.
Pada tahun 1953, Noordin pulang ke tanah air menjadi guru Seni Lukis dan Bahasa Melayu di Sekolah Perempuan Kampung Baharu, Alor Setar. Pada tahun itu, Noordin telah mementaskan dramanya yang pertama berjudul "Tak Kunjung Kembali" yang memakan masa 40 minit. Bermulalah minatnya dalam bidang penulisan dan pementasan drama. Noordin semakin bergiat dalam lapangan drama semasa mengajar di Sekolah Sultanah Asma dan Sekolah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada masa menjadi pensyarah di Maktab Harian Alor Setar 1957-1962, beliau telah menulis dan mementaskan beberapa buah drama di samping mempersembahkan tarian-tarian, boria dan muzikal dengan para pelakonnya terdiri daripada penuntut-penuntut maktab.
Pada tahun 1962, Noordin Hassan bertolak sekali lagi ke Universiti London. Selepas pulang ke tanah air pada tahun 1964, beliau telah di tempatkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim. Di maktab inilah lahir drama-drama Noordin yang berjudul "Bukan Lalang Ditiup Angin", "Tiang Seri Tegak Berlima" dan "Pintu" yang dipentaskan oleh penuntut-penuntut maktab tersebut.
Pada tahun 1976, Noordin ke England buat kali ketiga ke University of Newcastle kerana mengikuti kursus Drama dalam Pendidikan (Drama in Education). Banyak waktu dihabiskan dengan drama. Beliau menyedari bahawa sudah sampai masanya penulis kita, khususnya menulis sesuatu yang sesuai dengan keperibadian dan "Psyche" orang Melayu khasnya dan dunia amnya. Mereka harus berpegang kuat kepada falsafah dan kepercayaan hidup sendiri. Malah keagungan di Barat tidak harus dijadikan kayu ukur atau sebagai perbandingan dengan karya-karya tempatan. Menurut Noordin, penulis kita harus bertolak dan kembali kepada hakikat kewujudan diri sendiri. Menulis bagi Noordin adalah untuk menegakkan maruah, suatu pengabdian dengan keredhaan Allah S.W.T.
Darah seni pentas yang mengalir dari dalam diri Noordin diwarisi daripada ibu dan bapanya. Noordin menangkap kembali watak bapanya sebagai:
Noordin Hassan ialah seorang penulis drama yang menggunakan pemikiran intelektualnya. Karya-karya Noordin sering mencuit minda pembaca dan penonton dan melepaskan mereka di situ untuk mencari jawapan seterusnya. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 15 buah drama, iaitu "Bukan lalang Ditiup Angin", "Tiang Seri Tegak Berlima", "Pintu", "Jangan Bunuh Rama-rama", "Anak Tanjung", "Cindai", "Sirih Bertepuk Pinang Menari", "Mana Setangginya", "Disentuh Bulan Pun", "Selendang Umi", "Malam ini Penyu Menangis", "Peran", "Demi Zaiton" dan "Intan yang Tercanai".
Kesemua drama Noordin menyentuh pelbagai aspek kehidupan sosial di Malaysia, sejarah, spiritual dan kewujudan dari sudut fizikal dan mistikal. Hanya sebuah drama sahaja yang mengisahkan kehidupan seorang individu, iaitu J.M. Aziz. Noordin Hassan juga memilih satu bentuk drama yang bukan sahaja memaparkan persoalan dan pergolakan sosial, malah boleh pula memanifestasikan segala kekayaan kebudayaan Melayu. Salah satu ciri drama-drama Noordin Hassan yang boleh dikenal pasti ialah struktur persembahannya yang menggabungkan pergerakan (tarian), muzik, lakonan dan unsur teater tradisional, terutamanya bangsawan boria dan dikir barat.
Beliau kerap menggunakan teknik play within a play seperti yang terdapat dalam "Peran", "Cindai", "Anak Tanjung", dan "Sirih Bertepuk Pinang Menari". Noordin sendiri menyifatkan persembahan drama beliau sebagai "satu percubaan yang digubah secara elektik" ("Bukan Lalang Ditiup Angin), malah elektisme juga menjadi metode yang mendasari persembahan drama Noordin. Beliau juga mencirikan dramanya sebagai "cetera irama" ("Tiang Seri Tegak Berlima"). Satu lagi istilah yang digunakan oleh dramatis ini untuk menyerlahkan pementasan beliau ialah teater yang "menyeluruh" ("Pintu").
Noordin berteater sambil beribadah. Noordin mengakui bahawa bakat yang ada pada beliau harus digunakan untuk kebaikan demi menyatupadukan ummah dan rakyat Malaysia. Malah beliau menggelarkan teaternya sebagai "teater fitrah".
Antara anugerah yang pernah diterima oleh Noordin Hassan ialah Hadiah Sastera 1972 dengan dramanya "Bukan Lalang Ditiup Angin". Pada tahun 1979, Noordin Hassan telah dianugerahi bintang Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada tahun 1987 pula, beliau telah menerima anugerah S.E.A. Write awards daripada kerajaan Thailand. Beliau seterusnya mendapat pengiktirafan yang tertinggi dalam bidang sastera daripada kerajaan Malaysia pada tahun 1993 apabila beliau dianugerahi dengan Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara - dramatis yang pertama mendapat penganugerahan ini. Manakala pada tahun 1994, Noordin Hassan dianugerahi Pingat Darjat Setia Pangkuan Negeri (DSPN) Pulau Pinang yang membolehkan beliau bergelar Dato' Noordin Hassan.
Khalayak drama tanah air tentulah mengharapkan agar Noordin Hassan terus prolifik dan menyerikan dunia drama Malaysia dengan drama-drama beliau yang berkesedaran tinggi.

"Suara bapa sedap sungguh. Kalau kata boria Hassan Aluih Pak Cik Kaya, orang tunggu sampai subuh. Tak kiralah di Kelab Sungai Pinangkah, rumah mamak Brahim Tongkang di Jalan Hatin (Hutton Lane) kah atau di mana pun; orang tunggu. Orang perempuan yang suka tunggu. Kalau dahaga, minum serbat merah: tunggu lagi. Dahaga lagi, minum serbat warna kuning. Mesti tunggu boria Hassan Aluih Pak Cik Kaya."Manakala tentang ibunya pula, Noordin menceritakan:
"Yang istimewa tentang diri mak ialah beliau begitu pandai bercerita. Sebegitu grafik; sebegitu hidup. Dan saya benar-benar yakin, Allah juga telah menganugerahkan bakat bercerita kepada saya melalui mak."Noordin menjadi lebih mengerti kini bahawa minatnya dan penglibatannya dalam seni drama bermula dengan darah seni boria ayahnya yang mengalir ke dalam darahnya, dan juga darah seni penceritaan dan pengisahan ibunya yang ikut mengalir bersama-sama, lalu menjadi sebati dalam darahnya.

Comments