Teater Fitrah - Noordin Hassan

Pelbagai teori dicipta oleh manusia tentang seni. Kemudian, teori tersebut ditukarkan, dipinda atau dikritik pula. Teori yang berasaskan pemikiran manusia semata-mata tanpa mendapat petunjuk daripada Allah, bagi saya tidaklah sempurna dan tidak dapat diharapkan sangat! Akan tetapi, sesuatu pendapat dan pegangan yang dijiwakan oleh wahyu dan petunjuk daripada Allah haruslah menjadi pegangan kita orang Islam sebab kita beriman kepada Allah.
Kita boleh menstrukturkan teater yang berlandaskan pegangan yang diperkatakan. Bagi saya, satu-satunya pegangan yang boleh dijadikan asas dan falsafah teater yang menggunakan unsur-unsur dan nilai-nilai Islam ialah konsep dan kepercayaan bahawa fitrah manusia berkehendakkan iman terhadap Allah.
Hal ini telah dinyatakan dalam al-Quran Surah al-A'raf ayat 172 yang bermaksud:
Sambil berlandaskan aliran hidup yang berasaskan fitrah tadi adalah kewajipaan kita pula untuk mengingatkan mereka yang alpa dan lalai; mengembalikan mereka yang telah terpesong walau sebesar zarah sekalipun dan menyedarkan mereka yang meringan-ringankan akidah yang timbul daripada penerimaan fitrah itu. Niat dan usaha untuk menyedarkan manusia ini boleh dijadikan satu pegangan hidup kita. Pegangan ini haruslah menjadi jiwa kepada pendekatan teater kita, iaitu teater fitrah.
- Noordin Hassan-

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriatanak-anak Adam (turun-temurun) - daripada (tulang) belakang mereka, dan ia menjadikan mereka itu saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu (yang mengasuh serta menjaga kamu?) - Mereka semua menjawab : Benar (tuan hamba adalah Tuhan kami) kami menjadi saksi (yang demikian ini) supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini."Ayat di atas telah menunjukkan yang kita meyakini bahawa sejak berada dalam alam roh lagi manusia seluruhnya telah mengaku dan bersaksi bahawa Allah itu wujud. Inilah fitrah manusia, iaitu satu penerimaan keagamaan yang alamiah.

Comments