Ulasan oleh Ajami Hashim

Mungkin ini kerenah saya kerana kadangkala apabila hendak menonton sesebuah persembahan teater, saya cuba mengelak dari membaca sinopsisnya. Saya hanya datang dengan spekulasi yang neutral kepada apa yang bakal dipersembahkan. Maksud saya, apa isinya?.. apa ceritanya? Saya letakkan diri saya sebagai penerima yang terbuka kepada apa saja pemberian dari persembahan itu. Jalan cerita yang saya ikuti seumpama mengupas lapisan daun bawang satu-persatu dimana pemahaman saya menggunung sedikit demi sedikit.

Teater ini dipecahkan kepada beberapa segmen secara non-linear storytelling. Naratifnya bermula dari titik tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990. Pembukaan kisah dengan kemunculan segerombolan pelakon lelaki dan perempuan yang berpakaian ihram dari arah depan pentas terus ke persada utama pentas secara simbolik melakukan tawaf diiringi laungan Talbiyah beramai-ramai. Klimaknya dengan kejutan muzik latar apabila semuanya bergelimpangan adalah benar-benar dramatik!

Dari situ, kisahnya mula berkembang dan berpusar tentang Danial yang sudah lama/tua (dari gambaran bertongkat) dalam pencarian seorang wanita/sahabat/kekasihnya bernama Ungku Intan di Mekah iaitu salah seorang mangsa dari tragedi menyayat hati itu. Penampilan watak Danial sebagai seorang muallaf dari bangsa India inilah yang menjadi lonjakan mula cerita kerana saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut apakah latar hubungan Danial-Ungku Intan?

Seterusnya kemunculan 3 orang Lembaga Suci yang asalnya saya agak keliru fungsi samada ketiga-tiganya ialah malaikat atau metafora isihati dalaman setiap watak? Namun setelah mendengar betul-betul isi monolog mereka, maka saya interpretasikan bahawa mereka ialah voice-over/narrator secara selang-seli kepada kisah-kisah kehidupan Danial dan Ungku Intan.

Segmen persembahan diteruskan dengan flashback panjang tentang latar siapakah Ungku Intan semasa hayatnya dari kecil hingga dewasa. Monolog oleh watak Ungku Intan sendiri mengimbau sejarah hidupnya dan keluarga dengan exposition yang kadangkala saya rasakan redundant - Ungku Intan bercerita di pentas hadapan serentak dengan lakonan sebenar oleh pelakon-pelakon kecil dan watak ibu tirinya di pentas utama.

Saya rasakan teknik sebegini menjadikan tumpuan dipecahkan kepada dua pilihan samada hendak melihat reaksi bahasa-tubuh dan ekpresi wajah semasa Ungku Intan berceloteh atau menonton aksi-aksi lakonan secara mime dengan suara Ungku Intan sebagai voice-over/narrator. Pengembangan cerita diteruskan satu-persatu babak dengan teknik itu yang juga diselangi sekali lagi dengan kemunculan 3 orang Lembaga Suci - kisah pertemuan Ungku Intan dengan Danial, upacara usungan kavadi oleh Danial yang sekaligus memperkenalkan watak Sandha (visual di layar lebar kiri-kanan pentas yang memaparkan upacara perarakan kavadi dikaburkan secara sengaja atau mungkin tidak sesuai untuk sebuah teater dakwah kot?) serta perkembangan kisah hubungan Ungku Intan-Danial di luar negara.




Teknik persembahan/penceritaan yang sama, malah lebih panjang digunakan sekali lagi oleh watak Sandha bila bercerita kepada Danial tentang plot Ungku Intan-ibu tirinya. Namun kali ini watak Sandha kelihatan seakan 'penat' dan bacaan menghafal sahaja kerana ia terlalu panjang berjela. Betul! Isi cerita hubungan naik-turun Ungku Intan-ibu tirinya Makcik Yong Sutinah memang bersambung-sambung untuk beberapa rentetan masa melalui point-of-view Sandha sebagai orang ke-3 kepada Danial. Di segmen ini banyak babak penerangan latar Makcik Yong Sutinah yang seakan terkejar-kejar mengiringi taklimat dari Sandha.

Namun begitu, babak watak Haji Fadzil semasa menghuraikan rentetan tragedi tersebut saya rasakan sangat berkesan dan lebih memberangsangkan untuk diikuti walaupun tanpa sebarang lakonan latar oleh pelakon lain. Ada beberapa rangkap monolog oleh Haji Fadzil yang agak mengejutkan saya apabila seakan 'menyoal' di manakah Tuhan apabila musibah itu melanda dan kenapa tiada keajaiban mampu menyelamatkan jemaah yang sedang beribadah itu? Namun kegusaran saya terjawab dari monolog Haji Fadzil seterusnya mengatakan bahawa semua itu adalah persoalan yang di luar jangkauan manusia (Qada & Qadar) Ya! Saya betul-betul terkesan dengan penyerangan rentangan 'kain merah panjang' secara mengejut ke atas sekumpulan jemaaah haji sebagai simbolisme tragedi itu yang merebahkan/mencederakan semua pelakon.

Kemunculan semula 3 orang Lembaga Suci menghabiskan penceritaan penuh rentetan kisah Ungku Intan-Danial yang membulatkan kisahnya kepada titik mula di awal persembahan iaitu kembali kepada kisah watak Danial yang terkini. Saya mengkonklusikan sendiri bahawa sehingga ke hari ini mayat Ungku Intan masih belum ditemui di Mekah. Danial masih dalam pencariannya dalam keberuntungan kerana ia juga menyebabkan Danial terus berada di tanah suci sehingga akhir hayatnya. Sedikit komen tentang penggunaan layar lebar di kiri-kanan pentas ialah fungsinya seakan terbiar ke babak-babak penghujung persembahan kerana tidak digunakan lagi. (atau saya yang tak perasan? ahahaha!)

Plotline Danial mengingatkan saya tentang kisah filem Kiamat Sudah Dekat - pengejaran jodoh seorang lelaki ke arah seorang wanita yang dicintainya, lelaki itu yang jauh tersasar dari landasan agama kembali ke jalan yang betul di akhir cerita. Maksud saya, tujuan asal untuk memiliki sesuatu yang akhirnya mungkin tidak dicapai mengakibatkan penemuan perihal lain yang lebih baik iaitu kembali kepada agama Islam. Dalam teater ini juga Danial yang digambarkan sebagai asalnya atheist dan cuma mencari Ungku Intan yang hilang, akhirnya menemui pegangan agama Islam sebagai pilihan mutlak. Pencarian Danial yang berakhir di Gua Hira' itu sendiri seakan metafora 'permulaan' bagi Danial kerana di situlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. diturunkan wahyu yang pertama oleh Malaikat Jibrail dari Allah S.W.T .

NOTA: Saya hanya mengulas persembahan cerita dari teater Intan Yang Tercanai secara pendapat peribadi sahaja tanpa merujuk kepada sudut teknikal (ops! tadi saya ada sentuh sikit pasal layar lebar jer.. ahahaha!) atau bertanya kepada produksi tentang makna sebenar-benarnya kisah dalam teks asal. Tahniah kepada tenaga produksinya. Maaf, seandainya saya ada tertinggal mana-mana plot atau tersasar dalam menginterpretasikan persembahan itu. Saya juga amat hormati karya oleh Saterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan juga adaptasinya oleh En. Abdul Wahab Hamzah tersebut. Juga terima kasih kepada Zaidah Ahmad Rosly dan Ana Suhana Zainuddin kerana sudi menjemput saya menyaksikan persembahan teater Intan Yang Tercanai.

Ajami, saya post di sini supaya kita dapat kongsikannya bersama-sama. Saya teringat kata-kata Cikgu Noordin Hassan dalam salah satu karya beliau, "Dalam hidup ini kita hendaklah memberi sebanyak-banyaknya. Oleh itu, terima kasih atas pemberian (sokongan dan bantuan) yang dihulurkan. Kata salah seorang ketua saya, pertolongan yang bermakna ialah pertolongan yang diberikan pada saat-saat diperlukan. Harap-harap kita dapat bekerjasama lagi pada masa-masa akan datang...

Comments

Ajami Hashim said…
alamakkk!!! terima kasih kembali..

p/s: IYT molek kalau dibuat road-tour ke seluruh negara ;-)
ZAR said…
hehehe..akan dicadangkan kepada pihak produksi. Tapi yang berminat nak adaptasikan teater ini ke filem dah ada tau cuma nak tunggu "green light" daripada Dato' Noordin aje...Nanti sama-sama kita tunggu dan saksikan..
gangeticus said…
Another attempt to humiliate and vilify the Hindus. Bagus! People have being trying it for thousands of years. Hope you succeed!
ZAR said…
Gangeticus,
Mungkin saudara tidak menonton teater berkenaan, maka sbb itulah saudara memberikan komen yang sebegitu.
Teater ini tidak berkaitan dengan agama tetapi berkisar tentang hal-hal kemanusiaan. Cuma isu agama digunakan dalam mengangkat hal-hal kemanusiaan tersebut. Tidak kira apa-apa pun agama yang dianuti, kita selalu diseru untuk sentiasa berbuat baik dengan sesama manusia. Bukankah begitu..?
gangeticus said…
Aik? Bukan saya yang menulis cerita yang menghina macam ni. What? Just because pangkat "Sasterawan Negara" has the creative license to whack every other faith?

Or is he well versed in the Vedas and the Puranas? Or did he have Avvai as his advisor on the South Indian practices of penance, fasting, yoga and ahimsa (as required for the festival of Thai)? Or maybe he could recite the Mahabharata backwards...and in Sanskrit?!

Why do you vomit out garbage without any worthwhile research? Is it because you think others are simple, easily frightened or don't care much about their faith?

I know you want to create something multicultural, so you can say "hey, we include all". "Hey look, we are multicultural, ok?"

Its just unfortunate that you lack respect.
ZAR said…
gangeticus,
Tidak ada sesiapa yang mahu menghina sesiapa dalam cerita ini. Salahkah kalau menunjukkan upacara Kavadi dalam cerita ini? Bahagian mana yang awak katakan menghina? Sudah saya katakan ini bukan cerita agama yang mana penulis perlu mentelaah kitab-kitab agama Hindu. Cerita ini adalah cerita tentang kemanusiaan. Upacara Kavadi dan kejadian di Makkah hanya dijadikan sebagai sebahagian daripada plot cerita. Kalau awak tidak dapat faham dan terima, tidak mengapalah. Bukan tidak ada orang Indian yang menonton cerita ini, rata-ratanya faham dan tidak bermasalah untuk menginterpretasikanya.
gangeticus said…
"Plot cerita" apa pulak? Apa punya kelentong nih? If you read the review by your own reviewer at:

http://psittacula.wordpress.com/2009/07/13/intan-yang-tercanai/

you can clearly see he is equating it to a clash of religions. Comparing one religion with another. (now don't try to delete the blog, I already have it archived. I want to use it as an example of how intolerance and arrogance derives from contempt and hate).

Another example of your kelentong is apparently there were "orang Indian" (orang Indian mana? Red Indian kah?) who saw the play. I wonder who? The facebook invite (which you have conveniently deleted once I commented!) DOES NOT list any Indian Malaysians. Don't worry, I have it archived as well, and I will use it as proof.

The question is why did you delete it?

Learn to respect humanity: which by definition consists of other races, colours, religions or creed. Who knows, you might end up producing something world class.

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Pengarah "Intan yang Tercanai" - A. Wahab Hamzah

Teater Fitrah - Noordin Hassan