Pembikinan Set "Intan yang Tercanai"

Seperti yang sedia maklum, pementasan "Intan yang Tercanai" akan diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama Tun Syed Nasir diambil bersempena dengan nama mantan Ketua Pengarah DBP yang kedua, iaitu Tun Syed Nasir bin Ismail.
Keistimewaan set "Intan yang Tercanai" ialah pentas tersebut bukan sahaja berada di atas (pentas utama) tetapi akan terus menganjur ke bawah dari pentas utama. Rekaan set seperti ini adalah atas cadangan Dato' Noordin Hassan yang sangat berharap agar naskhah beliau itu bukan sahaja dipertontonkan kepada khalayak, malahan khalayak akan turut sama mengalami dan merasai segala apa yang ingin disampaikan melalui naskhah tersebut. Oleh sebab itulah, pentas "Intan yang Tercanai" direka begitu hampir dengan tempat duduk khalayak penonton.
Kepada sesiapa yang belum pernah mejejakkan kaki di Balai Budaya Tun Syed Nasir, kami selaku tenaga produksi amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke balai budaya kami yang begitu indah dengan konsep reka bentuk rumah kayu tradisional Melayu berserta dengan ukiran kayu tulisan jawi.

Comments