Di sebalik warna biru, hitam, merah dan putih "Intan yang Tercanai"
Poster "Intan yang Tercanai" ialah hasil lukisan pelukis yang bernama Bayu Utomo Radjikin. Pemilihan Bayu sebagai pelukis juga adalah atas cadangan Dato' Noordin Hassan. Pertama kali melihat lukisan tersebut, saya sendiri banyak memberikan pelbagai intrepretasi. Begitu juga dengan orang lain yang turut sama-sama melihat lukisan tersebut.
Namun, kesempatan bertemu dengan pelukis lukisan tersebut pada majlis pelancaran "Intan yang Tercanai" meleraikan segalanya (sementelah pula saya sendiri tidak cukup berseni untuk memahaminya.)
Lalu, Bayu pun menjelaskan bahawa beliau menggunakan gambaran landskap untuk membuat lukisan tersebut. Landskap yang digunakan ialah landskap di kota suci, Makkah. Warna biru menunjukkan kawasan atas (langit), hitam ialah daratan, kotak putih mewakili Kaabah, manakala merah pula ialah terowong tempat trajedi berlakunya peristiwa Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 orang jemaah haji.
Begitulah pengisahannya di sebalik warna biru, hitam, merah dan putih "Intan yang Tercanai".

Comments