Pelakon Utama Wanita

Watak Ungku Intan Anis didukung oleh pendatang baru dalam gelanggang teater, iaitu Mardiana Alwi. Walaupun masih hijau dalam bidang ini, Mardiana telah melibatkan diri dalam beberapa produksi seperti Teater Klasik Macbeth (ASWARA), Muzikal Kesuma (ASWARA), Teater Mak Yong Raja Kecil Dewa Laksana (ASWARA), Bangsawan Raden Galoh (ASWARA), Bangsawan Menjunjung Duli (DBP), Teater Syurga atau Neraka (PESAM) dan Teater Bukan Dejavu (DBP).
Selain itu, lulusan Diploma Teater ASWARA ini turut terlibat dalam beberapa produksi drama TV, filem dan telemovie. Antaranya termasuklah Biar Rahsia, Pasrah, Salsamuay, Biar Bulan Bicara, Jalan Pulang dan Malaikat Maut.
Yang menariknya lagi tentang Mardiana ialah kebolehannya menarikan tarian Salsa dengan baik, selain berkebolehan menyanyikan lagu-lagu tradisional. Hal ini tentunya dapat dilihat melalui kemenangan Mardiana dalam beberapa pertandingan nyanyian irama Malaysia di peringkat negeri.
Bersandarkan pada pengalaman Mardiana dan dibentuk pula oleh seorang pengarah yang terkenal, tidak mustahil Mardiana mampu menjelmakan watak Ungku Intan Anis di pentas Intan yang Tercanai seperti yang digambarkan oleh penulis skripnya Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan.
Marilah sama-sama kita menyaksikan kehebatan Mardiana dalam jelmaan seorang ahli tasawuf yang bernama Ungku Intan Anis.

Comments