Posts

Showing posts from June, 2009

Info Pembelian Tiket

Image
kredit info: www.ticket2u.biz Teater “Intan Yang Tercanai” akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sila klik www.streetdirectory.com untuk peta online. DBP mempunyai beberapa panggung dan Balai Budaya ini adalah salah satu daripadanya. Balai ini mampu memuatkan 650 orang untuk program biasa tetapi Teater ini hanya akan menjual 350 orang penonton sahaja. Rekaan pentas “Intan Yang Tercanai” ini istimewa. Berbentuk 'T' seakan sebuah pertunjukan fesyen, tetapi pelakon akan datang dari berbagai arah. Lihat gambar di atas. Theatre “Intan Yang Tercanai” will be staged at Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Please click www.streetdirectory.com for online map. DBP has several stages and Balai Budaya is one of those. The hall accommodates 650 peoples for normal programs but for this Theatre, only 350 tickets will be sold. The stage play in “Intan Yang Tercanai” is special. It is a T-shape, as in a fashion show, but the a...

Majlis Pelancaran Teater Perdana DBP "Intan yang Tercanai"

Image
Pada 17 Jun 2009 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Teater Perdana DBP "Intan yang Tercanai" di Dewan Bankuet, Aras 1, Menara DBP pada pukul 3.00 petang. Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para pelakon dan ensembel Intan yang Tercanai itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP, YBhg. Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz. Memetik ucapan YBhg. Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz pada majlis pelancaran tersebut, beliau berharap pementasan teater tersebut akan mencapai matlamatnya untuk melahirkan sebuah pementasan yang bermutu tinggi kerana tradisi pementasan teater DBP telah pun berjalan secara berterusan dari tahun 1967 sehingga kini. Semoga dengan adanya usaha berterusan DBP ini kegiatan pementasan teater akan terus meriah dan bersemarak di persada teater Malaysia dan antarabangsa. Seluruh karyawan DBP dan tenaga produksi Intan yang Tercanai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua media cetak dan...

Penampilan Istimewa - Intan yang Tercanai

Image
Lembaga 3 - Fauziah Ahmad Daud Lembaga 2 - Juhara Ayub Lembaga 1 - Norzizi Zulkifli

TERBAIK

Image
Gandingan "1 Malaysia" yang pasti akan mewarna-mewarnikan gelanggang teater tanah air.

Pelakon Pembantu Wanita

Image
Mungkin ramai yang sudah mengenali Geethanjali Gausillia Kathirvalu sebagai pengacara melalui siaran TV di ASTRO Vanavil, Vellithirai dan beberapa rancangan TV2 di RTM. Selain itu, Kepetahan dan kefasihan Geetha berbahasa Melayu juga menyebabkan Geetha menjadi pilihan beberapa orang sutradara seperti T.S. Jeffrey, Harith Iskandar dan Azmi Muza untuk membintangai telemovie dan drama arahan mereka. Mengungkap sejarah penglibatan Geetha dalam bidang teater pula, Geetha sudah mula terlibat dengan dunia lakonan menerusi pementasan teater tamil sejak berusia 9 tahun lagi. Naskhah Intan yang Tercanai ini adalah lakonan pertama Geetha dalam pementasan teater Melayu. Apabila ditanya tentang pendapat Geetha berlakon dalam naskhah yang mengangkat isu agama, khususnya Islam, beliau dengan penuh yakin mengatakan bahawa beliau lebih melihat naskhah ini sebagai sebuah naskhah yang membawa mesej kemanusiaan yang tinggi. Tanggungjawab ini sewajarnya dipikul oleh semua individu tanpa mengenal batas agam...

Pelakon Utama Wanita

Image
Watak Ungku Intan Anis didukung oleh pendatang baru dalam gelanggang teater, iaitu Mardiana Alwi . Walaupun masih hijau dalam bidang ini, Mardiana telah melibatkan diri dalam beberapa produksi seperti Teater Klasik Macbeth (ASWARA), Muzikal Kesuma (ASWARA), Teater Mak Yong Raja Kecil Dewa Laksana (ASWARA), Bangsawan Raden Galoh (ASWARA), Bangsawan Menjunjung Duli (DBP), Teater Syurga atau Neraka (PESAM) dan Teater Bukan Dejavu (DBP). Selain itu, lulusan Diploma Teater ASWARA ini turut terlibat dalam beberapa produksi drama TV, filem dan telemovie. Antaranya termasuklah Biar Rahsia , Pasrah , Salsamuay , Biar Bulan Bicara , Jalan Pulang dan Malaikat Maut . Yang menariknya lagi tentang Mardiana ialah kebolehannya menarikan tarian Salsa dengan baik, selain berkebolehan menyanyikan lagu-lagu tradisional. Hal ini tentunya dapat dilihat melalui kemenangan Mardiana dalam beberapa pertandingan nyanyian irama Malaysia di peringkat negeri. Bersandarkan pada pengalaman Mardiana dan dibentuk pu...

Pelakon Utama Lelaki

Image
Diperkenalkan sahabat Ungku Intan Anis - Danial Sundaram (Arwindran)

Pengarah "Intan yang Tercanai" - A. Wahab Hamzah

Image
A.Wahab Hamzah mula bergiat dengan Kumpulan Teater Badan Budaya DBP sejak mula berkhidmat dengan DBP. Bermula dengan teater "Zaman Gerhana" (1986) dan "Salina" (1986), beliau mula menimba pengalaman pertama dengan memberikan tumpuan kepada aspek penataan cahaya. Drama pentas yang bertajuk "Teman" (1993) ialah drama arahan pertamanya bersama-sama dengan Zakaria Ariffin. Seterusnya, beliau bergiat secara aktif dalam bidang pementasan teater hingga kini. Antara teater di bawah arahannya ialah "Sungai Mengalir Lesu" (1997), "Pesona Sastera Al-Amin" (2000), "Telegram" (2001), "Monodrama Hering" (2002), "Fragmen drama Karam" (2004), "Hering" (2004) dan "Suria di Cordiba" (2006). Penglibatannya dalam dunia teater tidak terhad dalam bidang pementasan sahaja, tetapi pernah terpilih menjadi panel penilai untuk pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan. Beliau pernah terlibat dengan Festival Fi...

Teater Fitrah - Noordin Hassan

Image
Pelbagai teori dicipta oleh manusia tentang seni. Kemudian, teori tersebut ditukarkan, dipinda atau dikritik pula. Teori yang berasaskan pemikiran manusia semata-mata tanpa mendapat petunjuk daripada Allah, bagi saya tidaklah sempurna dan tidak dapat diharapkan sangat! Akan tetapi, sesuatu pendapat dan pegangan yang dijiwakan oleh wahyu dan petunjuk daripada Allah haruslah menjadi pegangan kita orang Islam sebab kita beriman kepada Allah. Kita boleh menstrukturkan teater yang berlandaskan pegangan yang diperkatakan. Bagi saya, satu-satunya pegangan yang boleh dijadikan asas dan falsafah teater yang menggunakan unsur-unsur dan nilai-nilai Islam ialah konsep dan kepercayaan bahawa fitrah manusia berkehendakkan iman terhadap Allah. Hal ini telah dinyatakan dalam al-Quran Surah al-A'raf ayat 172 yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriatanak-anak Adam (turun-temurun) - daripada (tulang) belakang mereka, dan ia menjadikan mereka itu saksi terh...

Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Image
Saya... dari Hujung Kota ialah tajuk yang diambil daripada sebuah buku, iaitu Edisi Khas Sasterawan Negara Noordin Hassan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat pertama kalinya pada tahun 1996. Buku ini bukanlah sebuah biografi atau autobiografi dengan pengertian biasa tetapi juga menghuraikan pendirian dan pegangan Noordin Hassan sendiri. Selain itu, buku ini juga merupakan sebuah pembelaan diri. Menurut Noordin Hassan, Saya...dari Hujung Kota berilhamkan daripada ayat 20 dan 21 Surah Yaasin yang menceritakan bagaimana seorang hamba Allah berlari-lari dari hujung kota sambil berkata: "Wahai kaumku, ikutlah pesuruh-pesuruh ini. Ikutlah mereka yang tidak meminta apa-apa balasan daripadamu..." Menurut beliau lagi, orang yang datang dari hujung kota itu cuba membawa kebenaran. Dan, adalah kewajipan kita sebagai orang Mukmin membawa kebenaran kepada sesiapa pun. "Maka dengan segala rendah hati, saya telah mengambil secebis daripada ayat ini, iaitu: '...

"Intan yang Tercanai"

Image
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memulakan pementasan teaternya sejak tahun 1967 dengan teaternya yang bertajuk " Tamu di Bukit Kenny " karya Usman Awang, arahan Baharuddin Zainal. Tradisi pementasan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari apabila DBP untuk kesekian kalinya akan mementaskan karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan yang bertajuk " Intan yang Tercanai " arahan A. Wahab Hamzah. Pementasan ini akan menemui pencinta karya-karya SN Noordin Hassan dan peminat teater bermula pada 8 hingga 12 Julai 2009 , pukul 8.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tiket-tiket berharga RM20 dan RM10 (warga emas dan pelajar) boleh diperoleh melalui http://www.ticket2u.biz. "Intan yang Tercanai" mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial yang pernah belajar pe...