Setiap Orang Hadir Bersama Sejarah Peribadi..
Tidak sampai seminggu pemergian Yasmin Ahmad, kita dihebohkan dengan sejarah peribadinya. Mungkin ada yang sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut, tidak kurang juga yang baru mengetahuinya. Sesiapa yang sudah mengetahui perkara ini mungkin tidaklah mengejutkan sangat. Namun kepada sesiapa yang baru sahaja mengetahuinya pasti terkejut bukan kepalang. Pasti jugalah pelbagai persoalan ligat bermain di tempurung akal. Saya tetap berpegang kepada hukum yang halal tetap halal dan yang haram tetap hukumnya haram. Saya juga bersetuju apabila terdapat suara-suara yang meminta para ulama membuka mulut tentang isu pertukaran jantina ini. Ya, masalah ini harus ditangani segera demi keteguhan institusi kekeluargaan kita. Namun caranya perlulah berhikmah kerana hal ini berkait rapat dengan hal "dalam" dan "luar" seseorang. Apa yang didedahkan oleh wartawan dan editor Kosmo mengenai sejarah peribadi Yasmin Ahmad adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh fikiran yang wara...