Posts

Image
Bismillahirrahmanirrahim, semoga Allah akan merestui dan merahmati permulaan perjalanan ini. Sesungguhnya, hanya Dia maha mengetahui.

TERSISIH

Mereka berkawan baik. Persahabatan mereka berlandaskan atas minat yang sama. Namun, jika dilihat dari segi persamaan, tidak banyak pun persamaan antara mereka, hatta fizikal mereka sendiri pun bagai langit dengan bumi ( jangan ditanya macam mana yang dikatakan langit dengan bumi ). Itu belum masuk perangai masing-masing juga jauh berbeza, seorang gila entah apa-apa, seorang lagi penuh adab dan sopan santun seperti perempuan Melayu terahir, begitulah. Sejak akhir-akhir ini, banyak berlaku perselisihan faham antara mereka. Oh, ya ada satu lagi perangai kedua-dua sahabat ni, si B concern terlebih, si C pula macam tidak ada perasaan! Berbalik semula kepada isu perselisiham mereka, entahlah keliru juga dibuatnya sebab...eemmm,...macam-macam...( menurut mereka ). Si B ni memang jenis orang yang tak berapa nak reti bahasa, ikut kepala dia aje! dan paling suka menyakat si C. Entahlah si C ni tahan ataupun tidak dengan perangan si B dan tidak diketahuilah pula sampai bila si C dapat bersab...

Lentera Mustika

Image
Sejujurnya saya baru saja berkenalan dengan karya Nisah Haron. Inilah karya terbaharu Nisah Haron yang saya baca. Perkara yang paling saya suka mengenai Lentera Mustika ialah laras-laras bahasanya yang sangat indah , sehingga ada ayat-ayat tertentu saya akan membacanya berkali-kali sambil tersenyum simpul :D ! Ya, saya sangat senang dengan bahasa dan ayat yang digunakan; realistik , lembut dan lancar . Mengapa saya katakan begitu? Pada saat Dr. Ainur Mustika dilanda kesedihan, diri saya juga seperti terbawa-bawa rasa kesedihan itu, pada saat Dr. Ainur Mustika dilanda kegelisahan, seolah-olah saya juga turut menanggung kegelisahan itu. Pada saat Dr. Ainur Mustika begitu redha dengan ujian Tuhan, diri ini juga begitu terkesan dengan kata-kata nasihatnya. Begitu juga dengan plot Lentera Mustika , saya rasakan kemas dan teratur . Tidak ada yang lewah atau terlalu banyak sangat pembicaraan dalam satu-satu bahagian - Padat . Tidak sempat pun saya hendak berasa jemu ketika membacanya. San...

Setiap Orang Hadir Bersama Sejarah Peribadi..

Tidak sampai seminggu pemergian Yasmin Ahmad, kita dihebohkan dengan sejarah peribadinya. Mungkin ada yang sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut, tidak kurang juga yang baru mengetahuinya. Sesiapa yang sudah mengetahui perkara ini mungkin tidaklah mengejutkan sangat. Namun kepada sesiapa yang baru sahaja mengetahuinya pasti terkejut bukan kepalang. Pasti jugalah pelbagai persoalan ligat bermain di tempurung akal. Saya tetap berpegang kepada hukum yang halal tetap halal dan yang haram tetap hukumnya haram. Saya juga bersetuju apabila terdapat suara-suara yang meminta para ulama membuka mulut tentang isu pertukaran jantina ini. Ya, masalah ini harus ditangani segera demi keteguhan institusi kekeluargaan kita. Namun caranya perlulah berhikmah kerana hal ini berkait rapat dengan hal "dalam" dan "luar" seseorang. Apa yang didedahkan oleh wartawan dan editor Kosmo mengenai sejarah peribadi Yasmin Ahmad adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh fikiran yang wara...

Belasungkawa: Doa dan Ingatan untuk Yasmin Ahmad

Image
Saya menonton filem-filem Yasmin Ahmad juga meminati iklan-iklannya. Ternyata Yasmin Ahmad seorang yang halus jiwanya, penuh dengan kasih sayang. Namun, saya bukanlah peminat Yasmin Ahmad pada mulanya. Filemnya saya tonton kerana....entah ya kerana apa saya sendiri tidak mempunyai alasan. Bagi saya filem arahan Yasmin Ahmad ada kelasnya yang tersendiri berbeza dengan pengarah filem Melayu yang lain. Sekiranya pada hari ini kita baru disedarkan tentang 1 Malaysia, Yasmin Ahmad telah memulakan sejak filemnya yang pertama lagi. Saya ada pandangan yang skeptikal tentang filem Yasmin Ahmad lebih-lebih lagi dalam scene yang berkaitan dengan Islam. Bukanlah maksud saya Yasmin Ahmad tidak tahu tentang Islam cuma...mungkin interpretasi saya yang terburu-buru. Saya jarang sekali meminati filem Yasmin Ahmad sehinggalah saya penonton Talentime. Itu pun saya perlu menontonnya dua kali barulah saya dapat memahami Yasmin Ahmad. Kesempatan untuk bertemu dan berkenalan dengan Yasmin Ahmad secara langsu...

Hanyalah kata-kata saya...

Pementasan Intan yang Tercanai sudah pun tamat kira-kira dua minggu yang lalu. Mungkin pada ketika ini ramai yang sudah terlupa tentang Intan yang Tercanai. Namun mungkin juga masih ada sisa-sisa ingatan dan kenangan tentang Intan yang Tercanai yang masih tersimpan kemas. Sisa ingatan dan kenangan yang pahit atau manis, terserahlah kepada yang menontonnya. Walau apa-apa pun keadaannya, saya di sini hanya ingin memberikan pandangan yang tidak seberapa. Ramai yang sudah maklum naskhah Intan yang Tercanai ialah naskhah Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan. Sudah gelaran pun sasterawan negara, naskhahnya pun pastilah bukan calang-calang. Naskhah ini menuntut penontonnya untuk banyak berfikir dan mentafsir. Melihat pada tajuknya pun, pasti sudah ada banyak soalan yang hendak ditanyakan. Intan dalam cerita ini ialah watak seorang perempuan bernama Ungku Intan Anis. Selain itu, Intan pada sisi yang lain ialah seketul batu yang sangat berharga. Intan hanya berharga setelah dicanai atau ...

Ulasan oleh Ajami Hashim

Mungkin ini kerenah saya kerana kadangkala apabila hendak menonton sesebuah persembahan teater, saya cuba mengelak dari membaca sinopsisnya. Saya hanya datang dengan spekulasi yang neutral kepada apa yang bakal dipersembahkan. Maksud saya, apa isinya?.. apa ceritanya? Saya letakkan diri saya sebagai penerima yang terbuka kepada apa saja pemberian dari persembahan itu. Jalan cerita yang saya ikuti seumpama mengupas lapisan daun bawang satu-persatu dimana pemahaman saya menggunung sedikit demi sedikit. Teater ini dipecahkan kepada beberapa segmen secara non-linear storytelling. Naratifnya bermula dari titik tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990. Pembukaan kisah dengan kemunculan segerombolan pelakon lelaki dan perempuan yang berpakaian ihram dari arah depan pentas terus ke persada utama pentas secara simbolik melakukan tawaf diiringi laungan Talbiyah beramai-ramai. Klimaknya dengan kejutan muzik latar apabila semuanya bergelimpangan adalah...

Di manakah Intan?

Selepas malam ini, maka akan berakhirlah pementasan Teater Perdana DBP Intan yang Tercanai. Sebegitu indah namanya, diharapkan pementasan tersebut juga akan meninggalkan kesan yang sangat istimewa di hati setiap penonton. Sebelum menontonnya sehinggalah selepas menontonnya, sudah terjawabkah misteri Intan yang Tercanai?