Belasungkawa: Doa dan Ingatan untuk Yasmin Ahmad




Saya menonton filem-filem Yasmin Ahmad juga meminati iklan-iklannya. Ternyata Yasmin Ahmad seorang yang halus jiwanya, penuh dengan kasih sayang. Namun, saya bukanlah peminat Yasmin Ahmad pada mulanya. Filemnya saya tonton kerana....entah ya kerana apa saya sendiri tidak mempunyai alasan. Bagi saya filem arahan Yasmin Ahmad ada kelasnya yang tersendiri berbeza dengan pengarah filem Melayu yang lain. Sekiranya pada hari ini kita baru disedarkan tentang 1 Malaysia, Yasmin Ahmad telah memulakan sejak filemnya yang pertama lagi.

Saya ada pandangan yang skeptikal tentang filem Yasmin Ahmad lebih-lebih lagi dalam scene yang berkaitan dengan Islam. Bukanlah maksud saya Yasmin Ahmad tidak tahu tentang Islam cuma...mungkin interpretasi saya yang terburu-buru.

Saya jarang sekali meminati filem Yasmin Ahmad sehinggalah saya penonton Talentime. Itu pun saya perlu menontonnya dua kali barulah saya dapat memahami Yasmin Ahmad. Kesempatan untuk bertemu dan berkenalan dengan Yasmin Ahmad secara langsung membuka mata dan pintu hati saya. Memang kelemahan saya sendiri yang kadang-kadang cepat membuat tanggapan yang negatif.

Pada saya, sikap Yasmin Ahmad yang paling saya suka ialah sikap SEDERHANAnya. Perwatakan yang sederhana, namun mempunyai idea dan gagasan yang begitu besar. Yasmin Ahmad berkarya dengan caranya yang tersendiri. Tidak pernah terambil hati dengan kata-kata orang yang mengkritik karyanya. Tidak pernah berputus asa untuk terus menghasilkan karya. Yakin dengan usaha dan caranya. Teringat saya kata-kata Yasmin Ahmad "If you don't take risk, then you will never produce great art".

Kini, saya adalah antara ribuan peminat Yasmin Ahmad. Kesal kerana tidak dapat mengenalinya dengan lebih lama. Begitulah kita, apabila ada di depan mata, jarang-jarang sekali kita mahu menghargainya. Hari ini Yasmin Ahmad meninggalkan kita semua. Sungguh, perasaan sebak saya tidak dapat ditahan-tahan. Sungguh, saya berasa sangat kehilangan. Doa saya agar rohnya akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Satu persatu berita kematian sejak akhir-akhir ini banyak menginsafkan saya. Saya berharap saya akan terus menghargai segala apa yang ada disekeliling saya sebelum saya akan kehilangannya. Saya berharap saya akan menerima dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya tentang apa-apa perkara pun juga.

Yasmin Ahmad, bersemadilah dengan tenang.
Kaulah laguku
Kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi...pergi...
sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku
Tak terdaya kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia.










Comments

Jo'el said…
Pada mulanya seperti tidak percaya berita ini.Tambahan pula sehari sebelum itu Adibah Noor dah mengamuk kat blog dia bahawa Yasmin Ahmad belum meninggal dunia.Tapi Allah lebih mneyayanginya.Bagi saya beliau adalah satu khazanah bernilai buat negara.Kehilangannya adalah satu kehilangan buat negara dan industri pengiklanan dan filem .MOga Rohnya di cucuri rahmat.hanya kita mampu membantunya dengan sedekahkan al-fatihan dan ayat suci alquran....wasalm...
ZAR said…
Jo'el,
Ya, saya juga sangat terkejut. Saya sangat berharap Yasmin Ahmad akan sembuh seperti sedia kala namun ya saya redha Allah lebih menyayangi dia. Tak puas lagi rasanya menghayati karya-karya arwah. Saya yakin walau pun Yasmin Ahmad tiada lagi bersama kita, dia tetap hidup dalam hati kita.

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Pengarah "Intan yang Tercanai" - A. Wahab Hamzah

Teater Fitrah - Noordin Hassan