Pelakon Pembantu Wanita






Mungkin ramai yang sudah mengenali Geethanjali Gausillia Kathirvalu sebagai pengacara melalui siaran TV di ASTRO Vanavil, Vellithirai dan beberapa rancangan TV2 di RTM. Selain itu, Kepetahan dan kefasihan Geetha berbahasa Melayu juga menyebabkan Geetha menjadi pilihan beberapa orang sutradara seperti T.S. Jeffrey, Harith Iskandar dan Azmi Muza untuk membintangai telemovie dan drama arahan mereka.

Mengungkap sejarah penglibatan Geetha dalam bidang teater pula, Geetha sudah mula terlibat dengan dunia lakonan menerusi pementasan teater tamil sejak berusia 9 tahun lagi. Naskhah Intan yang Tercanai ini adalah lakonan pertama Geetha dalam pementasan teater Melayu.

Apabila ditanya tentang pendapat Geetha berlakon dalam naskhah yang mengangkat isu agama, khususnya Islam, beliau dengan penuh yakin mengatakan bahawa beliau lebih melihat naskhah ini sebagai sebuah naskhah yang membawa mesej kemanusiaan yang tinggi. Tanggungjawab ini sewajarnya dipikul oleh semua individu tanpa mengenal batas agama dan bangsa demi keamanan sejagat.

Finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia India/Universe yang memegang watak sebagai Sandha, adik kepada Danial Sundaram dan kawan kepada Ungku Intan Anis ini selain boleh berlakon, juga berkebolehan bermain sitar dan menarikan tarian klasik India.

Comments

Unknown said…
geetha done a very gud job... have very bright future in malaysian entertainment field...
ZAR said…
This comment has been removed by the author.
ZAR said…
yes yuwaji, agreed with you..btw, did you watch the theatre?

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Pengarah "Intan yang Tercanai" - A. Wahab Hamzah

Teater Fitrah - Noordin Hassan