Majlis Pelancaran Teater Perdana DBP "Intan yang Tercanai"






Pada 17 Jun 2009 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Teater Perdana DBP "Intan yang Tercanai" di Dewan Bankuet, Aras 1, Menara DBP pada pukul 3.00 petang. Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para pelakon dan ensembel Intan yang Tercanai itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP, YBhg. Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz.

Memetik ucapan YBhg. Dato' Haji Termuzi Haji Abdul Aziz pada majlis pelancaran tersebut, beliau berharap pementasan teater tersebut akan mencapai matlamatnya untuk melahirkan sebuah pementasan yang bermutu tinggi kerana tradisi pementasan teater DBP telah pun berjalan secara berterusan dari tahun 1967 sehingga kini.

Semoga dengan adanya usaha berterusan DBP ini kegiatan pementasan teater akan terus meriah dan bersemarak di persada teater Malaysia dan antarabangsa.

Seluruh karyawan DBP dan tenaga produksi Intan yang Tercanai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik yang telah hadir dan membuat liputan pada majlis tersebut serta tetamu-tetamu undangan yang hadir bagi menyokong dan memeriahkan majlis tersebut lagi.

Gunung Bentan gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak 'kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Comments

Jo'el said…
tuan tanah...kalau nak beli tiket secara cash mana boleh dapat beli..kad kredit tak ada ler....huhuhu...hopefully can inform me soon as possible...kalau guna kat sini boleh ker...?

ticketCharge Sdn Bhd
No 29-5, Signature Office Suite,
The Boulevard, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra, 59200 KL
Tel: 603 - 2241 9999
Fax: 603 - 2284 9669
ZAR said…
Joel,
Jangan risau. Tiket boleh dibeli di DBP pada hari pementasan. Tiket2u akan buka kaunter di sini. So, jumpa di DBP ye.

Popular posts from this blog

Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan

Pengarah "Intan yang Tercanai" - A. Wahab Hamzah

Teater Fitrah - Noordin Hassan